KELAB SETIA

Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Latar Belakang : KELAB SETIA

a. Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

c. Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Keterangan Logo:
Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka.
Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.
Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.
Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.

Pengertian Warna :
Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonian
Merah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajar
Kuning : Cinta dan setia kepada raja dan negara
Putih : Keikhlasan dan ketulusan

Visi
Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.

Misi
Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Konsep
Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).

Moto
"Penggerak Generasi Terbilang"

Objektif
a. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.
b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.
d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.
e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

Aktiviti
a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis taklimat/ceramah
c. Lawatan Sambil Belajar
d. Ekspedisi
e. Khemah Kerja
f. Kerja Sosial
g. Kursus Sivik
h. Bengkel / Seminar
i. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
j. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
k. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedah

Prinsip Enam Setia (6S)

Prinsip Enam Setia atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :
a. Setia MurniMenerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
b. Setia DiriMeningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual.
c. Setia KeluargaMenanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.
d. Setia SekolahMembentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan kecermelangan akademik.
e. Setia BangsaMeningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
f. Setia NegaraPrinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.

Tuesday, August 11, 2009

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA 2009 DI YMCA RESORT 31 JULAI - 2 OGOS 2009


Bergambar beramai ramai bersama VIP dan peserta khemah kerja
Majlis penutupan khemah kerja
Menyanyi lagu 'Negara Ku"
Ceramah Rukun Negara
Sesi senaman pagi /petang
Peserta di sesi pengenalan diri di lapangan riadah
Pegawai Penyelaras Kelab Setia Jabatan Penerangan

Barisan para penceramah dan pengelola Jabatan Penerangan Malaysia